Projek Bandar Selamat diteruskan tahun hadapan

Ibrahim menyiram air pokok yang baru ditanam di Happy Garden di Satok.
Advertisement

Oleh Chris Bishop

KUCHING 23 Dis: Projek Bandar Selamat yang merupakan sebahagian daripada inisiatif untuk meningkatkan kualiti hidup warga setempat diteruskan pada tahun hadapan.

Adun Satok Dato Ibrahim Baki berkata, projek yang dibiayai oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) sejak 2011 itu dirancang diadakan di kawasan Haji Taha di Satok.

Advertisement

“Tujuannya adalah untuk mengurangkan kadar jenayah dan meningkatkan persepsi rasa selamat dalam kalangan masyarakat,” kata Ibrahim.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa lawatan ke tapak Projek Bandar Selamat di Happy Garden di Satok hari ini.

Tambah Ibrahim, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) sebagai agensi pelaksana memfokuskan kepada kawasan sasaran bagi meningkatkan aspek-aspek persekitaran, sosial dan keselamatan.

Katanya, program seperti ini juga pernah dilakukan di Kampung Kudei dan Jalan Nanas Barat pada 2018.

“Motif adalah supaya masyarakat hidup tanpa ketakutan.

“Kalau hari gelap kita tambah lampu, rumah terbiar agensi pelaksana akan membantu mengemaskan,” katanya. — DayakDaily

Advertisement