KUCHING, 8 Nov: Sehingga 31 Okt tahun ini, sebanyak 314 peniaga di Kapit telah berjaya didaftarkan di bawah Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI).
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, ia diadakan bagi memastikan peniaga kecil di luar bandar bersama-sama dalam melibatkan diri menerusi model baharu perniagaan secara digital.
āInisiatif ini bukan sahaja dapat mengurangkan kebergantungan kepada wang tunai, malah memberi pelbagai manfaat kepada pengguna dan peniaga dalam tiga aspek iaitu mudah, cepat dan selamat,ā katanya menerusi satu kenyataan.
Pada hari ini, Nanta telah menyempurnakan Program Pendayaupayaan Pengguna melalui Inisiatif ReDI, Food Bank, Sara Hidup, eVoucher PJM dan Program Usahawan Muda (PUM) di Song
Tambah beliau, Kementerian telah bersetuju menyalurkan peruntukan berjumlah RM18,000 kepada 600 pengguna dan 200 peniaga bagi melaksanakan program insentif baru secara tanpa tunai ini.
Manakala bagi Program Pendayaupayaan Pengguna, ia merupakan salah satu inisiatif dalam menyahut misi Kerajaan untuk memastikan pengguna mendapat pendidikan kepenggunaan yang sewajarnya.
āProgram ini adalah platform yang mampu memberi pendedahan dan advokasi secara lebih inklusif meliputi pelbagai pengguna.
āDalam konteks ini, KPDNHEP telah menggerakkan susun kerja dalam memastikan agenda kepenggunaan menjadi salah satu objektif utama dalam menyantuni keperluan rakyat terutamanya di luar bandar.,ā ujar Nanta. ā DayakDaily