Program PSP ditangguh sehingga satu masa diumumkan kemudian – KPDNHEP

File photo for illustration purposes
Advertisement

KUCHING, 30 Dis: Pelaksanaan Program Subsidi Petrol (PSP) yang dijadualkan bermula Januari 2020 tidak diteruskan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menerusi kenyataan media hari ini berkata mesyuarat kabinet memutuskan bahawa program ditangguh sehingga satu masa yang akan diumumkan kemudian.

“Hal ini bagi memberi ruang untuk sesi penerangan dan penjelasan diteruskan dengan tujuan memberi kefahaman dan mempersiapkan rakyat menerima pelaksanaan program PSP.

Advertisement

“Ia juga untuk memberi ruang kepada proses pendaftaran penerima daripada kelompok M40 yang akan dikendalikan Kementerian Kewangan,” katanya.

Sementara menunggu pengesahan pelaksanaan PSP diumumkan tambah Saifuddin, rakyat akan terus menikmati harga petrol berdasarkan sistem sedia ada.

Kerajaan pada 7 Oktober 2019 telah mengumumkan pelaksanaan PSP bermula Januari 2020 sesuai dengan manifesto Pakatan Harapan(PH).

Belanjawan 2020 telah memperuntukan RM2.4 bilion bagi PSP dengan jumlah penerima manfaat seramai 8 juta orang daripada kelompok B40 dan M40. ā€”DayakDaily.

Advertisement