Program pakaian terpakai percuma dari Mei 31-Jun 2

.Poster acara Program Pakaian Terpakai Percuma Sempena Hari Gawai Dan Aidilfitri yang disiarkan di laman Facebook PKR Sarawak.

KUCHING, Mei 27: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak mempelawa orang ramai menyertai Program Pakaian Terpakai Percuma Sempena Hari Gawai Dan Aidilftri di tempat letak kereta Pejabat Keadilan Petra Jaya, di sini, bermula Mei 31 sehingga Jun 2 depan.

Program tersebut akan bermula dari jam 8 malam sehingga 11 malam setiap hari dan adalah dianjurkan Persatuan Kebajikan Muafakat Kuching dan Koperasi Teras Muafakat Kuching Berhad dengan kerjasama pusat khidmat masyarakat PKR Petra Jaya (P194).

“Program ini dianjurkan bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan mendapatkan pakaian percuma hasil sumbangan orang ramai,” menurut PKR Sarawak dalam satu kenyataan di laman Facebooknya hari ini.

Perbagai pilihan fabrik pakaian yang didermakan itu juga terbuka untuk diambil oleh sesiapa sahaja yang tidak berkemampuan.

“Kami juga mengalu-alukan sumbangan pakaian dari orang ramai yang ingin turut serta dalam program ini dan bersama-sama mendapat rahmat dan berakah di bulan yang mulia ini,” kata PKR Sarawak.

Fokus utama program ini ialah membantu orang ramai yang tidak tahu dimana meletak baju terpakai mereka yang masih dalan keadaan baik dan juga membantu mereka yang kurang bernasib baik supaya dapat bersama-sama memakai pakaian bagi merayakan perayaan Gawai dan Aidilfitri nanti. — DayakDaily