Program Hentikan Rabies usaha jadikan Kota Samarahan zon bebas rabies

Salah seorang penduduk di sekitar Kota Samarahan membawa anjing peliharaan mendapatkan suntikan vaksin antirabies.
Advertisement

KOTA SAMARAHAN, 27 Julai: Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) pada hari ini dan esok menganjurkan Program Hentikan Rabies.

Pengerusi MPKS Dato Peter Minos berkata, program yang diadakan di Dewan Perpaduan Stakan Taman Samarindah bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.

“Pemilik haiwan peliharaan di sekitar Samarahan, Asajaya dan Sadong Jaya dinasihat membawa anjing mereka ke program ini bagi mendapatkan vaksin antirabies.

Advertisement

“Program merangkumi aktiviti pelesenan, memasang mikro chip dan pemandulan atau neuter terhadap anjing,” katanya dalam teks ucapan pelancaran program yang dibaca Kaunselor MPKS Dr Florine Christy.

Tambah Peter, MPKS menawarkan beberapa insentif bagi mengalakan pemilik mendapatkan lesen bagi anjing mereka.

Antaranya ialah baucer diskaun RM10 bagi permohonan lesen, sabsidi RM150 bagi neuter yang diberikan kepada 100 anjing (memiliki lesen) pertama.

“Menerusi insentif ini, kadar bayaran lesen anjing ditetapkan RM10 bagi yang sudah dineuter dan RM30 bagi yang tidak.

“MPKS komited untuk menjadikan Kota Samarahan sebagai zon bebas rabies” kata Peter. — DayakDaily

Advertisement