Program Cepa mampu tingkat kesedaran kepentingan hutan

Datu Hamden Mohammad
Advertisement

KUCHING, 3 Nov: Program Komunikasi, Pendidikan dan Kesedaran Awam (Cepa) yang dilaksanakan menerusi kejasama pintar Jabatan Hutan Sarawak (JHS) dengan pelbagai agensi mampu meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan restorasi hutan khususnya di Sarawak.

Pengarah Jabatan Hutan Sarawak, Datuk Hamden Mohammad berkata projek ini mewujudkan konsep pendidikan atau pembelajaran secara berterusan mengenai pengurusan hutan secara lestari memandangkan kebanyakan aktivitinya dilakukan dalam kawasan sekolah.

Katanya, projek ini antara lain menekankan aspek sains perhutanan dan pendedahan awal kepada aktiviti penguatkuasaan undang-undang hutan melalui pelbagai modul berkaitan.

Advertisement

”Aktiviti ini melibatkan modul secara ‘indoor’ dan ‘outdoor’ berteraskan hutan dan alam semulajadi serta kepentingan restorasi sumber hutan dan dijalankan secara ‘one-off’,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Astaka Terbuka Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah di sini hari ini.

Hamden berkata, kerja baik pulih astaka tesebut ini bukan sahaja untuk memenuhi keperluan pihak kolej bagi kemudahan aktiviti sukan malah ia turut bertindak sebagai salu satu simbolik kerjasama pintar antara kedua-dua pihak dalam memberikan pendidikan dan kesedaran mengenai restorasi serta kepentingan hutan melalui penglibatan warga sekolah dalam pengurusan hutan secara lestari.

Katanya, penglibatan pihak sekolah khususnya bagi Projek Pendidikan In-Situ secara tidak langsung dapat mewujudkan “Hutan Bandar” atau “Urban Forest” di kawasan bandar sejajar hasrat JHS dalam mengurus dan membangunkan sumber hutan untuk kelestarian alam sekitar. — DayakDaily

Advertisement