KUCHING, 14 Dis: Sejumlah 89 peratus atau 18,141 orang pengundi telah melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi awal hari ini.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Indera Ikmarudin Ishak dalam satu kenyataan berkata, ia melibatkan anggota tentera dan pasangan serta anggota polis dan pasangan.
“Hari ini telah berlangsung proses mengundi awal bagi PRU DUN Sarawak Ke-12 yang bermula pada jam 8.00 pagi,” katanya.
SPR, katanya, merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan pasukan kerana telah menjalankan tanggungjawab dengan amat baik pada hari ini. — DayakDaily
Advertisement