Premis burung walit tanpa lesen di Sarikei diserbu


KUCHING, Okt 27: Sebuah permis perusahaan sarang burung walit dua tingkat di Bandar Sarikei yang menjalankan operasi tanpa lesen telah diserbu semalam.

Premis yang terletak di kawasan perumahan di alamat Jalan Empurau 28, Jalan Nyelong By-Pass itu diserbu menerusi operasi bersepadu Jabatan Hutan Sarawak (JHS).

Menurut sumber JHS, operasi turut disertai anggota penguatkuasa dari Jabatan Tanah dan Survey (JHS), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia dan pegawai penguatkuasa Majlis Daerah Sarikei.


“Serbuan tersebut dilakukan selepas menerima aduan orang awam mengenai gangguan bunyi bising yang telah menganggu ketenteraman dan keselesaan mereka.

“Pasukan serbuan yang diketuai oleh pegawai penguatkuasa JHS telah mendapati permis tersebut juga telah diubahsuai mengikut perusahaan burung walit.

“Pemilik permis juga telah didapati gagal menunjukan sebarang permit atau lesen berkenaan perusahaan sarang burung walit tersebut,” menurut sumber JHS.

Justeru, pasukan serbuan telah merampas kesemua peralatan yang digunakan dalam operasi rumah burung walit tersebut.

Rampasan dilakukan mengikut Seksyen 33 (2]{B} Wildlife Protection Ordinance 1998 (Chapter 26}, iaitu membina rumah burung tanpa lesen atau permit dari Controller of Wildlife. — DayakDaily