Premier Abang Johari adakan pertemuan dengan Naib Presiden Republik Indonesia

Abang Johari (kiri) mengadakan pertemuan dengan Ma'ruf. Kredit foto: Ukas

KUCHING, 29 Nov: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini melakukan pertemuan dengan Naib Presiden Republik Indonesia, Profesor Dr (H.C.) K.H. Ma’ruf Amin di Kuching.

Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (Ukas), pertemuan tersebut yang berlangsung kira-kira 40 minit.

Ia bertujuan membincangkan beberapa perkara dan untuk mengadakan pertemuan dengan masyarakat Indonesia di Sarawak bagi mendengarkan input daripada mereka.

Turut hadir, isteri Premier Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang dan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Dato Sri Julaihi Narawi.

Ma’ruf selamat tiba di Kuching mewakili Presiden Republik Indonesia, Joko Widodo dalam Forum Perniagaan Muslim Global (GMBF) 2023.

Beliau bersama isteri Wury Ma’ruf Amin serta delegasi selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) di sini pada jam 1 petang Selasa. — DayakDaily