This Content Is Only For Subscribers
KUCHING, 1 Ogos: Praty Sofia Bantin dari Bintulu dan Adam Nicklos (Tatau) masing-masing meraih gelaran Kumang dan Keling di Karnival Selangau 2023 pada Sabtu lepas.
Manakala gelaran Lulong pula milik Jessica Ajik David dari Sekuau, Sibu dan gelaran Selinggar Matahari milik Jolin Ing dari Selangau.
Gelaran Laja dan Bungai Nuing pula milik Larry Brauh Dian dari Kapit serta Edward Anum Landa dari Bintulu.
Hadir menyampaikan hadiah Adun Tamin Ir Christopher Gira Sambang.
Dalam pada itu, Gira dalam ucapannya memaklumkan satu pusat komersil akan diwujudkan di Daerah Selangau.
“Perkara ini sudah dibincangkan bersama pihak kontraktor dimana kita menyediakan tanah dengan keluasan 27 ekar bagi membina pusat komersil.
“Hotel, pangsapuri dan industri juga akan diwujudkan,” katanya sebagai memetik laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (Ukas).
Sementara itu, Gira yakin karnival yang dianjurkan mampu menarik perhatian pengunjung selain membantu menambah pendapatan penduduk. — DayakDaily