PPV Julau beri vaksinasi kepada pelajar SMK Julau berita palsu — JPBNS

Hebahan palsu.

KUCHING, 17 OGOS: Hebahan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Julau memberi suntikan vaksin Covid-19 kepada golongan berumur 16 hingga 17 tahun yang tular di media sosial adalah palsu.

Hebahan tersebut telah disahkan berita palsu oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak(JPBNS) hari ini.

Hebahan palsu itu memaklumkan bahawa vaksinasi diberikan khusus untuk pelajar SMK Julau di Dewan Masyarakat Julau pada 21 Ogos ini. — DayakDaily