PPV baru dibuka di Stadium Dato’ Lee Teck Fook Riam Road Secondary School, Miri

Datuk Lee (empat dari kiri) melawat persiapan PPV di Stadium Dato' Lee Teck Fook RRSS.

Brad Rantayy

MIRI, 15 Jun : Satu lagi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bakal dibuka di sini iaitu Stadium Dato’ Lee Teck Fook Riam Road Secondary School (RRSS) dalam usaha meningkatkan kapasiti program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PCK).

Pusat ini akan mula beroperasi pada 17 Jun ini.


Menteri Pengangkutan Sarawak merangkap Menteri Bertangungjawab Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri Datuk Lee Kim Shin ketika ditemui pada Selasa berkata, PPV ini akan mempunyai kapasiti sebanyak 1,500 sehari, sekaligus membantu meningkatkan lagi keupayaan pemberian vaksin di Bahagian Miri serta dapat merealisasikan hasrat Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bagi memastikan PICK tamat pada penghujung Ogos tahun ini.

“Kapasiti PPV di Bandaraya Miri kini telah ditingkatkan, iaitu PPV Dewan Eastwood ditingkatkan kepada 2,500 sehari, PPV Dewan Dato Permaisuri Permyjaya juga telah ditambah kemudahan dan menjadikan kapasitinya 1,500 sehari,” ujarnya.

Terdahulu, Lee bersama ahli JPBB Miri telah mengadakan lawatan ke stadium Dato’ Lee Teck Foo RRSS bagi meninjau persiapan untuk program pemberiam vaksin pada 17 Jun ini.

Katanya lagi, kesemua PPV termasuklah PPV Dato’ Lee Teck Fook Stadium dan PPV AstraZeneca IKBN Miri mempunyai keupayaan sistem dan kapasiti yang besar sehingga dapat menampung secara keseluruhannya 7,600 dos vaksin dalam masa sehari.

Berdasarkan Pejabat Kesihatan Bahagian Miri, sebanyak 40 buah PPV yang telah diwujudkan di lima daerah dalam Bahagian Miri adalah 13 PPV di Daerah Miri termasuk empat PPV Hospital Swasta (PPVHS) yang memberikan vaksin COVID-19 jenis Pfizer dan Sinovac dan satu PPV dikhususkan untuk vaksin jenis AstraZeneca (PPVAZ) dengan jumlah kapasiti pemberian vaksin sebanyak 7,600 dos sehari.

Selain daripada itu, Daerah Subis yang mempunyai lima PPV boleh menyampaikapasiti pemberian vaksin sebanyak 2,600 dos sehari; Daerah Beluru enam PPV mempunyai kapasiti 1,800 dos vaksin sehari; Daerah Marudi lima PPV boleh memberikan 1,800 dos vaksin sehari dan Daerah Telang Usan 11 PPV boleh memberikan 2,600 dos vaksin sehari

Diadakan PPV tersebut, jumlah keseluruhan kapasiti pemberian vaksin Bahagian Miri adalah sekurang-kurangnya 16,400 dos dalam masa sehari kepada penduduk di daerah ini.

Dalam pada itu, Lee turut berkata, merrka juga menghadapi pelbagai kekangan bagi menambah PPV, antaranya ialah keperluan tambahan sumber manusia perubatan.

“Bahagian Miri telah mengemukakan permohonan keperluan sumber manusia perubatan kepada COVID-19 Immunization Taskforce (CITF) Sarawak iaitu Pegawai Perubatan (10), Pegawai Farmasi (4), Penolong Pegawai Perubatan (6) dan Jururawat (11),” jelasnya.

Namun setakat ini, hanya seorang (1) Pegawai Perubatan, dua (2) orang Penolong Pegawai Perubatan dan tiga (3) orang Jururawat sahaja telah diterima Bahagian Miri daripada keseluruhan permohonan tersebut.— DayakDaily