Polis: Tun Taib berada di kediamannya sendiri

Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud

KUCHING, 7 Feb: Mantan Tuan Yang Terutama (TYT) Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud kini berada di kediaman peribadinya di sini.

Perkara tersebut disahkan oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata.

“Ya, Tun masih berada di kediamannya sendiri di Kuching,” katanya semasa ditanya pemberita mengenai keberadaan mantan TYT terbabit.


Tambahnya juga ada lapan laporan polis diterima setakat ini.

“Bagaimanapun, kita tidak dapat dedahkan semua kerana ia masih dalam siasatan,” jelasnya.

Mancha terdahulunya menyempurnakan Majlis Pelancaran Op Selamat Tahun Baru Cina 2024 di IPK Sarawak.

Pada Isnin lalu, tular satu laporan polis yang dibuat terhadap Toh Puan Raghad Kurdi Taib selepas beliau dikatakan membawa keluar Tun Taib dari sebuah hospital swasta pada lewat malam Sabtu.

Susulan itu, beberapa laporan polis juga telah dibuat termasuk dikalangan ahli keluarga Tun Taib sendiri. — DayakDaily