Polis tahan lelaki miliki dadah di Bau

Suspek lelaki yang ditahan dan dadah jenis syabu yang dirampas oleh polis di Bau.

BAU, 15 April: Seorang lelaki tempatan ditahan polis selepas didapati membawa dadah ketika diperiksa di Jalan Sitalan Kampung Jagoi Duyoh di disini semalam.

Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superitenden Poge Nyaon berkata, suspek, 24, dilihat berada dalam keadaan cemas ketika pemeriksaan dilakukan keatasnya.

“Semasa menahan suspek yang kelihatan agak cemas itu, anggota kita telah ternampak suspek menggenggam sesuatu yang cuba disembunyikan daripada anggoita polis yang menahannya itu.


“Apabila diperiksa terdapat satu peket plastic lutsinar berisi ketulan-ketulan kristal putih disyaki dadah berbahaya jenis syabu,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Poge berkata, suspek kemudianya dibawa ke ke Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau bagi menjalani ujian saringan awal air kencing.

“Hasil ujian mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan disiasat di bawah seksyen 15(1)(a) Akta Dadah berbahaya 1952.

“Semakkan yang kita lakukan terhadap suspek juga mendapati suspek tersebut tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan perintah tahanan reman terhadapnya akan dipohon hari ini,” katanya. — DayakDaily