Polis tahan lelaki disyaki ‘naik minyak’ kerana enggan hantar anak saudara ke sekolah

Suspek (tengah) dibawa ke lokap Balai Polis Pusat Miri.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 14 April: Hanya kerana enggan disuruh menghantar anak saudaranya ke sekolah sesi petang, seorang lelaki disyaki bertindak memecahkan cermin kereta milik ibunya pada Selasa (12 April) di Tudan Desaras Fasa 6.

Suspek berusia 31 tahun itu juga turut bertindak meyimbah minyak petrol ke arah rumah kakaknya.

Susulan kejadian, suspek telah ditangkap pihak polis untuk tindakan lanjut.

Tangkapan dilakukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Miri sekitar jam 7.30 malam hari yang sama.

Dalam kejadian jam 4 petang itu, suspek dikatakan ‘naik minyak’ dengan memecahkan cermin kereta jenis Proton Iswara Aeroback yang diparkirkan di hadapan perkarangan rumah.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu mengesahkan tangkapan. — DayakDaily