Kes kanak-kanak kena tampar: Polis mengambil keterangan dari kakitangan pusat jagaan

Royal Malaysia Police logo

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 14 April: Polis Miri telah merekodkan keterangan seorang kakitangan sebuah pusat jagaan harian di Luak Bay bagi membantu siasatan kes mencederakan seorang kanak kanak berusia 4 tahun pada bahagian muka pada Isnin (11 April).

Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu, suspek telah ditemubual dan dibebaskan.


“Kes dirujuk kepada pihak Jabatan Kebajikan Miri (JKM) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Jelasnya, pihak JKM juga akan jalankan siasatan mereka sendiri.

Pada Selasa (12 April), satu laporan polis telah dibuat ibu mangsa mendakwa bahawa anaknya telah ditampar kakitangan pusat jagaan harian tersebut.

Difahamkan, kanak-kanak terbabit ada keperluan khas (Autism Spectrum Disorder). ā€” DayakDaily