This Content Is Only For Subscribers
KUCHING, 18 Ogos: Siasatan terperinci masih dijalankan berkenaan kes penemuan bayi perempuan di kawasan pembuangan sampah di berdekatan Moyan Square, hari ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Padawan DSP Lim Jaw Shyong berkata satu laporan polis telah diterima pada jam 9.18 pagi.
Katanya, siasatan dijalankan dari semua aspek, termasuk mengesan ibu bapa bayi berkenaan.
“Orang awam teleh menelefon balai polis berkaitan penemuan bayi yang masih hidup berdekatan dengan tempat pembuangan sampah.
“Bayi tersebut telah dihantar ke klinik kesihatan Batu Kawa untuk rawatan dan pemeriksaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Siasatan lanjut masih dijalankan dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi yang dikhuatiri menganggu siasatan polis.
“Sekarang ini, kita masih menunggu laporan penuh siasatan kes ini,” katanya. — DayakDaily