Polis siasat kejadian tikam diri di Miri Times Square

Royal Malaysia Police logo

Oleh Brad Rantayy

MIRI, Mei 10: Seorang lelaki dipercayai cuba membunuh diri dengan menikam bahagian perutnya menggunakan sebilah pisau pagi ini di sebuah bilik sewa di Miri Times Square, di sini.

Lelaki berusia 25 tahun itu telah segera dibawa ke Hospital Miri untuk rawatan lanjut oleh orang awam dan pengawal keselamatan kawasan tersebut.


Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Supt Sabri Zainol ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian.

Beliau berkata, bahawa siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Anggota polis telah segera dikerah ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian,” ujarnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh diri. — DayakDaily