Polis Sarawak tawar diskaun saman 50 peratus mulai 18 – 20 Dis

PDRM logo
Advertisement

KUCHING, 17 Dis: Polis Diraja Malaysia Kontinjen Sarawak menawarkan diskaun 50 peratus bagi saman tertunggak selama 3 hari mulai 18 hingga 20 Dis ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata dalam satu kenyataan berkata, pembayaran boleh dibuat di Dewan Terbuka di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak.

“Pembukaan kaunter semakan dan pembayaran saman ini adalah bertujuan untuk membantu orang ramai menyelesaikan saman-saman yang tertunggak dengan kadar diskaun 50 peratus,” katanya.

Advertisement

Tambah Mancha, tawaran diskaun tersebut diadakan bersempena Program Advokasi Kempen Keselamatan Jalan Raya Menjelang Hari Krismas 2024.

Katanya, program diadakan bermula 23 hingga 27 Dis 2024 yang melibatkan seramai lebih kurang 700 orang pegawai dan anggota polis Kontinjen Sarawak dari pelbagai cawangan dan Jabatan.

Disamping itu ujar beliau, Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga akan membuka Perkhidmatan Kaunter JPJ Mobile pada 18 Dis 2024 di lokasi sama.

“Ia menawarkan perkidmatan seperti pembaharuan lesen memandu (CDL/PDL), pembaharuan lesen kenderaan motor (LKM).

“Pemeriksaan PG.10 bagi motosikal yang telah tamat tempoh cukai jalan, semakan senarai hitam atau saman dan pembayaran saman JPJ,” kata Mancha. — DayakDaily

Advertisement