Polis Miri tangkap suspek utama kes serangan pelajar

suspek dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut.

Brad Rantayy

MIRI: Suspek utama kejadian serangan seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) pada 18 Oktober yang lalu berjaya ditangkap anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Miri pada Khamis untuk siasatan lanjut.

Suspek berusia 21 tahun itu ditahan sekitar jam 2.45 petang semalam.


Dalam kejadian yang berlaku sekitar 1.30 pagi itu, pelajar lelaki IPTS warga Pakistan telah diserang tiga lelaki semasa di dalam tandas sebuah premis hiburan di Marina Square.

Susulan kejadian, dua daripada tiga suspek telah ditahan dua hari selepas serangan dan satu laporan polis telah dibuat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. —DayakDaily