Polis Miri tahan suspek kedua dalam kes rompak kedai dobi layan diri

Kelihatan suspek kedua dalam kes rompak kedai dobi layan diri di Jalan Pointsetia Lutong Baru setelah ditahan polis.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 15 Mac: Suspek kedua dalam kes rompak sebuah kedai dobi layan diri di Jalan Pointsetia Lutong Baru telah ditahan pihak polis pagi tadi di tepi Jalan Jati 2F Desa Senadin.

Penahanan lelaki berusia 21 tahun itu dilakukan selepas suspek pertama iaitu rakan sejenayahnya dibuat pada malam Sabtu (13 Mac) di sebuah rumah di Lorong 1, Dato Permaisuri 1A RPR Permyjaya.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari, suspek ditahan oleh sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Miri (JSJ) sekitar jam 11.55 pagi tadi dalam satu operasi dinamakan ‘Ops Rentap’.

Suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau, termasuk satu kesalahan membabitkan dadah.

Hasil siasatan awal polis, suspek mengaku telah memandu kereta jenis Proton Iswara warna putih yang dimilik rakan sejenayahnya (iaitu suspek pertama ditahan pada malam Sabtu).

Namun, suspek tidak tahu dimana barang kes telefon bimbit jenis Redmi telah dijual .

Dalam kejadian pada petang Sabtu itu, suspek tidak turun dari kereta, tapi hanya melihat rakan sejenayahnya memegang helmet keluar dari kereta dan berpakaian lengan panjang warna hitam sambil memegang parang masuk ke premis dobi tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. — DayakDaily