Polis Miri tahan dua suspek kes pecah rumah, mencari suspek ketiga

Salah seorang suspek dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 30 Dis: Dua suspek disyaki terlibat dalam kegiatan pecah rumah ditahan dalam ‘Operasi Pintu’ diberkas awal pagi ini di sebuah rumah di Kampung Tunku Abdul Rahman Lambir.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari memberitahu, tangkapan dilakukan sekitar jam 4.34 pagi tadi oleh sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Miri (JSJ).


Turut ditemui di lokasi ialah dua unit telefon bimbit dan sebuah tablet dipercayai barangan curi.

Pihak polis kini dalam usaha mengesan suspek ketiga yang dipercayai turut terlibat di dalam kegiatan pecah rumah bersama dua suspek yang ditahan.

Difahamkan, suspek ketiga tiada di rumah terbabit ketika tangkapan dibuat.

Siasatan awal turut mendapati, kedua-dua suspek mempunyai rekod jenayah lampau terlibat dalam kes pecah rumah.

Kesi disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah. — DayakDaily