Brad Rantayy
MIRI, 17 Okt: Polis Miri memotong bekalan elektrik di 30 premis yang didapati menjalankan kegiatan perjudian dalam talian di sekitar daerah ini pada Khamis dalam satu operasi.
Operasi bersepadu dijalankan dengan kerjasama Sarawak Energy Berhad (SEB) itu bermula jam 9 pagi sehingga 6 petang.
Difahamkan pemotongan bekalan elektrik itu dibuat susulan kedegilan pemilik dan penjaga premis yang masih meneruskan kegiatan itu walaupun pernah dikenakan tindakan.
Tindakan diambil mengikut Seksyen 21A(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
Polis Miri menyatakan komitmen untuk terus menjalankan operasi dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang terbabit dalam aktiviti perjudian.
Kerjasama orang awam juga amat dialu-alukan bagi membantu pokis membanteras kegiatan itu secara menyeluruh.— DayakDaily