Polis Miri buru Gary Leneiker

Orang dikehendaki (wanted person), Gari Leneiker Sulai.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 17 April: Polis Miri kini giat memburu seorang lelaki warga tempatan, yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes jenayah di bawah seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merusuh.

Suspek dikenali sebagai Gary Leneiker Sulai, 32 tahun.


Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu, pihaknya memohon jasa orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai suspek untuk tampil atau menghubungi pegawai penyiasat ,Inspektor Zulaokja Mohd Anuar di talian 019-912 0362 atau 085-433730. — DayakDaily