Polis cekup suspek curi besi dari Kompleks Beluru

Kelihatan suspek curi besi ditahan. Foto: JSJ IPD Marudi

MARUDI, 29 Sept: Seorang lelaki berusia 48 tahun ditahan selepas dipercayai terbabit dalam kejadian curi besi di tapak projek ‘mini sports’ di Kompleks Beluru.

Kerugian dianggarkan bernilai RM198.

Ketua Polis Daerah Marudi DSP Mohd Ruslan Mat Kib, kejadian di yang berlaku pada 12 September itu disedari sub-kontraktor projek yang kebetulan berada di tapak berkenaan sekitar jam 8.30 pagi.


“Besi yang dilaporkan hilang disyaki dicuri adalah jenis Y16 dan Y20,”ujarnya.

Satu laporan polis telah dibuat susulan kehilangan besi tersebut.

Bertindak dari aduan tersebut, sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Marudi telah menahan suspek, seorang warga tempatan di sebuah rumah pekerja di tapak pembinaan kedai berhampiran Jambatan Sungai Sibuti, Jalan Coastal Miri-Bintulu pagi Khamis (29 September) sekitar jam 11.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri. — DayakDaily