Polis cekup 4 individu disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah

Dadah yang dirampas daripada suspek dalam satu operasi.

Oleh Dean Adam

SERIAN, Mac 3: Polis berjaya menahan empat lelaki yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah menerusi tiga operasi berasingan pada Mac 1 lepas.

Ketua Polis Daerah Serian, DSP Aswandy Anis berkata, kesemua suspek yang ditahan berusia antara 25 hingga 39 tahun.


Jelasnya, tangkapan pertama dilakukan di Pos Kompleks ICQs, Tebedu melibatkan seorang lelaki warga Indonesia.

“Tangkapan kedua pula membabitkan dua lelaki tempatan di tepi jalan di Kampung Saan, Tebedu.

“Manakala, tangkapan ketiga pula dilakukan di jalan di Kampung Kemayau 1 di sini,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Aswandy memberitahu, kesemua suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut.

Katanya, nilai rampasan dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM1,000.

“Ujian air kencing kesemua suspek juga positif dadah amphetamine dan methamphetamine

“Kes disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya. ā€” DayakDaily