PKR yakin Anwar akan bangunkan Sarawak secepat mungkin

Senator Abun Sui Anyit
Advertisement

KUCHING, 1 Jan: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak yakin Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membangunkan Sarawak secepat mungkin.

Ketua Penerangan Abun Sui berkata, Anwar juga telah membuka pintu kepada rundingan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) seluas-luasnya kepada Sarawak.

“Bola di kaki pemimpin-pemimpin Sarawak sekarang untuk mendapatkan hak-hak di bawah MA63.

Advertisement

“Jika Sarawak masih gagal memperoleh hak-haknya, itu bukan salah pemimpin Semenanjung, tetapi kegagalan pemimpin-pemimpin Sarawak sendiri,” kata Abun dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu kata beliau, Kerajaan Perpaduan perlu dipertahankan sehingga tamat tempoh 5 tahun.

Katanya, mana-mana pihak yang cuba untuk merampas Kerajaan Perpaduan dengan langkah seumpama “langkah Sheraton” bolehlah dianggap sebagai menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong. — DayakDaily

Advertisement