PKR sasar ‘tawan’ tujuh kerusi Parlimen

Baharuddin Mokhsen

KUCHING, Mei 4: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyasarkan untuk memenangi tujuh kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada Mei 9 depan.

Timbalan Pengarah Pilihan Raya PKR Sarawak, Baharuddin Mokhsen berkata, antara kerusi Parlimen yang disasarkan boleh menang ialah Miri, Selangau, Lubuk Antu, Betong, Baram dan Sibuti.

Katanya, keyakinan itu adalah berdasarkan sokongan semasa yang diterima selain kemampuan kesemua calon yang bertanding bagi kerusi Parlimen berkenaan.


“Parlimen Miri dan Baram yang sebelum ini menghadapi masalah komunikasi telah berjaya diselesaikan dan pasukan kini berada dalam keadaan baik.

“Bagi Selangau pula, pengerusi PKR Sarawak Baru Bian sangat yakin beliau boleh mengatasi calon Barisan Nasional (BN) di kerusi tersebut,” katanya.

Tambahnya, kesemua calon PKR juga amat positif dalam menjalankan kempen di semua tempat yang ditandingi kelak.

“Kami yakin mampu untuk menambat hati rakyat di kawasan-kawasan yang dipertandingkan,” ujarnya lagi. — DayakDaily