PKR Sarawak mahu layanan politik adil untuk semua parti dalam Kerajaan Perpaduan

Parti Keadilan Rakyat logo.

KUCHING, 17 Dis: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak berharap wujud layanan politik yang adil dan saksama dari semua komponen parti dalam Kerajaan Perpaduan.

Dalam satu kenyataan selesai mesyuarat di Miri pada Jumaat lepas (15 Dis), parti yakin ia demi keharmonian dan kemajuan rakyat.

“PKR Sarawak komited untuk terus menyumbang ke arah mengukuhkan Kerajaan Perpaduan.


“Kepimpinan parti sentiasa bekerjasama untuk mengambil langkah terbaik untuk meneruskan matlamat penubuhan parti dan agenda Reformasi,” katanya.

Pada mesyuarat itu juga, PKR Sarawak membuat komitmen untuk meneruskan perjuangan parti dengan lebih tekun pada tahun 2024.

Katanya, ada banyak maklumat penting daripada Kerajaan Perpaduan yang mesti disampaikan kepada rakyat untuk keadilan dan manfaat semua. — DayakDaily