PKR: Pee Ling dilantik sebagai Pengarah JPRN, Zulhaidah kekal Ketua Wanita

Logo PKR

KUCHING, 19 Feb: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak pada Mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri (MPN) yang diadakan semalam telah melantik Pee Ling sebagai Pengarah Jawatankuasa Pilihanraya Negeri (JPRN).

PKR dalam kenyataan berkata, ia sebagai persiapan awal parti bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang.

Kenyataan itu juga memaklumkan bahawa Zulhadiah Suboh kekal sebagai Ketua Wanita PKR sehingga selesai pemilihan parti yang bakal diadakan pada bulan April akan datang.


MPN pada mesyuarat itu juga melantik Mahmud Epah sebagai Timbalan Ketua Penerangan dan Cherish Ng Phuay Hui sebagai Setiausaha Wanita yang baharu.

“Perlantikan pemimpin – pemimpin ini menunjukkan PKR tetap komited dengan perjuangan dengan menonjolkan pemimpin baru.

“Ini untuk memberi nafas baru serta menyerapkan orang muda dalam barisan kepimpinan parti yang kekal menjadi pilihan rakyat Sarawak,” katanya. — DayakDaily