PKR mahu tanah NCR peserta Salcra disukat, dikeluar geran dibawah Seksyen 18

Senator Abun Sui Anyit

KUCHING, 22 Nov: Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak Senator Abun Sui Anyit minta kerajaan negeri turut menyukat tanah hak adat peserta skim Salcra.
Dalam satu kenyataan hari ini, Abun juga mahukan tanah tersebut dikeluarkan geran di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri.
“Setakat ini, sebanyak 50,823 hektarĀ  terlibat denganĀ  28,849 lot tanah adat (NCR) terlibat bersama program Salcra.
“Jumlah yang terlibat di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri dengan SalcraĀ  adalah 18,392 lot atau 63.8 peratus iaitu sebanyak 33,890 hektar.
“Dari jumlah ini 4,577 lot masih menunggu geran dikeluarkan,” kata Abun.
Justeru, beliau mahukan Kerajaan mencari kaedah terbaik untuk mempercepatkan proses pengeluaran geran ini.
“Kita tidak mahu pemilik NCR akan terjejas dan terdedah keada risiko diceroboh oleh pihak tidak bertanggungjawab,” katanya. ā€” DayakDaily