PKR lantik Dominique sebagai Pengarah PRN

Dominique Ng

KUCHING, 29 Nov: Council Of Elders Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak melantik bekas ADUN Padungan Dominique Ng sebagai Pengarah Pilihanraya Negeri (PRN) berkuatkuasa 1 Disember ini.

Sekretariat Penerangan PKR Sarawak dalam kenyataan berkata, keputusan tersebut dibuat pada satu mesyuarat yang diadakan pada Jumaat lepas

“Pemilihan Dominique adalah berdasarkan pengalaman beliau yang luas di dalam politik negeri,” katanya.


Kenyataan itu juga memaklumkan bahawa Dominique tidak akan bertanding di mana-mana kerusi pada PRN kali ini.

Ini membolehkan beliau menumpukan perhatian terhadap tugas besar yang digalas untuk memastikan kemenangan calon-calon PKR. — DayakDaily