PKR Betong agih bantuan makanan dan kerusi roda

Monica (dua dari kanan) menyerahkan sumbangan kerusi roda kepada salah seorang penerima di Betong.
Advertisement

KUCHING, 8 Mei: Atas dasar prihatin, Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cawangan Betong telah mengambil inisiatif dengan menghulurkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

Antara sumbangan yang disalurkan adalah 75 pek makanan dan 2 kerusi roda kepada penduduk Kampung Tengah di Betong.

Turut menerima sumbangan 2 kerusi roda ialah penduduk di Kampung Stambak.

Advertisement

Sumbangan tersebut diserahkan oleh Setiausaha Biro Kesihatan Wanita PKR Sarawak Monica Juttie dan Penyelaras PKR Betong Matson Attang.

Sumbangan berbentuk pek makanan tersebut adalah dari ‘Disaster Relief Fund’ manakala kerusi roda adalah ikhsan Biro Kesihatan Wanita PKR Sarawak.

Pada penyerahan bantuan itu, Monica menyeru penduduk kampung B40 yang diarahkan kuarantin untuk membuat tuntutan RM50 sehari menerusi aplikasi MySejahtera seperti yang dijanjikan oleh Perdana Menteri. — DayakDaily

Advertisement