Ahli Persatuan Penternak Ikan Batang Ai terima peralatan perikanan

Malcolm (empat dari kanan) menyerahkan bantuan peralatan kepada salah seorang penerima.

KUCHING, 8 Mei: Seramai 35 orang ahli Persatuan Penternak lkan Batang Ai menerima Bantuan Input Peralatan Perikanan Nelayan (BIPPN) daripada kerajaan pada Jumaat lepas.

Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (Ukas), bantuan dengan peruntukan sebanyak RM70,000 itu merangkumi peralatan seperti pukat, kotak sejuk beku, tali dan jaket keselamatan.

Simbolik penyerahan telah disempurnakan Menteri Muda Pembangunan Perindustrian Sarawak merangkap Adun Batang Ai Datuk Malcolm Mussen Lamoh bertempat di Pusat Pemprosesan Ikan Batang Ai.


Hadir dalam majlis tersebut Ketua Pembangunan Bahagian Jabatan Pertanian Sarawak Ronald Ripid, Pegawai Pertanian Bahagian Sri Aman Freddy Paul Giyang dan Pengerusi Persatuan Penternak lkan Batang Ai Naka Indap. ā€” DayakDaily