PKR akan mengadakan perkhidmatan bergerak BSH

Voon Shiak Ni

KUCHING, Feb 22: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengadakan perkhidmatan bergerak bagi membantu orang ramai di bandaraya ini mengemaskini maklumat Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019.

Menurut Naib Ketua Wanita PKR Pusat, Voon Shiak Ni, perkhidmatan bergerak terbabit dijadualkan akan berada di Tabuan Jaya esok (Feb 23).

“Perkhidmatan bergerak kami akan berada di Thompson Corner, Tabuan Jaya, pada Sabtu ini dari 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari bagi membantu mengemaskini BSH,” katanya dalam kenyataan di laman Facebooknya semalam.

Voon Shiak Ni berkata pihaknya juga mempelawa orang ramai mengunjungi pusat khidmat parti terbabit di Pasar Batu 3 di sini bagi mengemaskini maklumat BSH mereka.

Menurutnya pusat khidmat terbabit akan dibuka dari Isnin sehingga Sabtu dan akan berterusan sehingga tamat tempoh mengemaskini BSH, iaitu pada 15 Mac depan. — DayakDaily