PKPP: Kanak-kanak dibenarkan berada di kawasan awam, kata Ismail

Ismail Sabri addressing the media during a press conference at Putrajaya. Photo Credit: Radio Television Malaysia (RTM).

Oleh Chris Bishop

KUCHING, JUN 17: Tiada lagi larangan untuk kanak-kanak berada di kawasan awam, kata Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Sekarang ini sudah boleh, kita tidak melarang kanak-kanak untuk beriadah lagi.


“Taman-taman permainan sudah mula dibuka dan anak-anak boleh keluar, cuma peringatan kita ialah elakkan berkumpul beramai-ramai,” kata Ismail.

Beliau berkata demikian pada sidang media Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan(PKPP) di Putrajaya hari ini.

Menurut Ismail lagi, walaupun kanak-kanak dibenarkan berada di kawasan awam seperti di taman permainan dan pusat membeli belah, prosedur operasi standard(SOP) tetap perlu dipatuhi.

Katanya, perlu ada penjarakan sosial dan tidak berhimpit-himpit.

“Begitu juga dengan pusat membeli belah, tiada tegahan yang tidak membenarkan kanak-kanak pergi untuk membeli permainan bersama ibu-bapa mereka.

“Cuma saya mengingatkan jangan membawa anak-anak kerana mereka adalah golongan berisiko tinggi terhadap jangkitan Covid-19.

“Ibu bapa perlulah menjaga kepentingan anak-anak mereka walaupun mereka yang membawa anak sebagai contoh tidak dikenakan hukuman,” ujar Ismail.—DayakDaily