PKP: PAS Sarawak gesa bantuan segera kepada keluarga miskin

Jofri Jaraiee

KUCHING, Mac 25: PAS Sarawak menggesa pihak kerajaan termasuk badan amal serta NGO menghulurkan bantuan segera kepada keluarga yang terjejas kesan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.

Pesuruhjayanya, Jofri Jaraiee berkata, kebanyakan keluarga ini bergantung sepenuhnya kepada hasil perniagaan harian mereka selain dari kalangan keluarga miskin yang tidak mempunyai sumber pendapatan tetap.

ā€œMereka tidak dapat meninggalkan rumah untuk mencari rezeki, oleh itu kekurangan wang untuk membeli barang keperluan.


ā€œBantuan perlu dihulurkan dengan segera tanpa mengira bangsa, agama atau fahaman politik,ā€ katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut Jofri, pihaknya telah menerima banyak aduan berhubung permasalahan ini di sepanjang krisis penularan wabak Covid-19 yang menjurus kepada pelaksanaan PKP.

Katanya, kebanyakan keluarga ini tinggal di pinggir bandar dan merupakan peniaga-peniaga kecil yang sukar keluar dari rumah untuk berniaga.

ā€œKami minta pihak-pihak yang berkaitan, terutamanya pihak kerajaan, badan amal, NGO dan individu, segera tampil untuk memberikan bantuan kepada keluarga yang terjejas kesan PKP yang telah dilanjutkan hingga April 14 ini,ā€ ujar Jofri. ā€” DayakDaily