PKP: Operasi feri di seluruh Sarawak ditetapkan 7 pagi hingga 7 petang

Sarawakians rely on ferry services to cross Batang Lupar, Batang Rambungan and Batang Igan using the coastal road. - file pic

KUCHING, Mac 25: Masa perkhidmatan operasi feri di seluruh negeri semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) ditetapkan bermula 7 pagi sehingga 7 petang.

Pengarah Kerja Raya, Datu Zuraimi Sabki menerusi notis arahan hari ini berkata, ia selaras PKP yang diumumkan Perdana Menteri di bawah Akta Pencegahan Penyakit Berjangkit dan Akta Polis 1967.

“Adalah dipersetujui oleh Jawatankuasa Bencana Bahagian berkuatkuasa 25 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020 atau sehingga PKP ini tamat, perkhidmatan feri untuk orang awam bermula 7 pagi hingga 7 petang,” katanya.


Menurut beliau, notis arahan tersebut melibatkan perkhidmatan feri di Batang Rambungan, Batang Lupar (Sebuyau/Triso), Batang Saribas (Pusa/Beladin), dan Batang Paloh.

Ia turut melibatkan Muara Lassa, Batang Igan, Sungai Sian (Bintangor), Batang Kemena(Sebauh), Sungai Lidan(Marudi) dan Batang Lawas.

Namun, tambah Zuraimi, perkhidmatan feri di Sungai Limbang dan Sungai Krian (Kabo/Kabong) ditutup untuk orang awam. — DayakDaily