PKP: DBKU keluarkan notis arah gerai penjaja ditutup

Pegawai DBKU mengedarkan notis arahan tutup kepada penjaja.

KUCHING, 22 Mac: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) telah mengeluarkan notis arahan tutup kepada gerai penjaja di kawasan persendirian dan tepi jalan.

Pengarah DBKU Dr Morshidi Ahmad berkata penjaja tidak dibenarkan beroperasi sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

“Ia, selaras dengan pengisytiharan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 18 hingga 31 Mac, 2020.

“Maka semua penjaja di kawasan persendirian dan tepi jalan diarahkan tutup dan tidak dibenarkan beroperasi sehingga ke satu tarikh akan dimaklumkan kemudian,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Pegawai DBKU mengedarkan notis arahan tutup kepada penjaja.

Tambah beliau, arahan adalah merujuk surat yang telah dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak bertarikh 20 Mac.


Pihak DBKU hari ini juga telah mengedarkan notis tersebut kepada para penjaja Di Petra Jaya, Kpg Semarang, Jalan Astana, Kpg Pulo Ulu, Kpg Pulo, Kpg Bintawa dan Jln Merdeka. — DayakDaily