Pindaan Ordinan Distribution Of Gas 2024 kembangkan industri tenaga Sarawak

File photo of the Sarawak Legislative Assembly Complex.
Advertisement

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 11 Nov: Pindaan Ordinan Distribution Of Gas 2024 merupakan langkah penting dalam pengembangan industri tenaga di Sarawak.

Menurut Adun Telian Royston Valentine, pindaan utama ordinan ini adalah melibatkan penambahan Bahagian IV A yang baru khusus untuk hidrogen, yang mana ordinan asal hanya terpakai kepada gas asli.

Advertisement

“Maka pindaan ini memperluaskan skopnya untuk merangkumi sumber hidrogen.

“Ini bermakna aktiviti seperti penjanaan hidrogen, penggunaan tanah dan premis untuk kemudahan penjanaan hidrogen, dan pengedaran hidrogen kini dikawal selia di bawah Ordinan ini,” kata Royston dalam perbahasan usul tersebut dalam persidangan Dewan Undangan Sarawak (DUS) di sini hari ini.

Tambah beliau, pindaan ini bukan sahaja bertujuan untuk memperbaharui undang-undang sedia ada tetapi ia juga untuk memastikan bahawa Sarawak sentiasa berada di barisan hadapan dalam penggunaan dan pengeluaran hidrogen sebagai sumber tenaga alternatif.

Ujar Royston, pindaan ini juga memperkenalkan kuasa untuk membuat peraturan berkaitan pelbagai aspek hidrogen.

“Ini termasuk prosedur permohonan lesen, spesifikasi dan piawaian untuk penjanaan hidrogen, kualiti hidrogen, keselamatan, dan penyahtauliahan kemudahan penjanaan hidrogen.

“Pindaan ini merangkumi beberapa aspek utama yang akan memperkukuh pengawalan dan pengurusan sumber gas dan hidrogen di Wilayah Sarawak ini,” katanya. — DayakDaily

Advertisement