Pindaan Ordinan Bangunan Sarawak 1994 tahun hadapan — Dr Sim

Dr Sim (kiri) menerima cenderahati dari Pengerusi PAMSC Noraini Narodden
Advertisement

KUCHING, 18 Nov: Pindaan Ordinan Bangunan Sarawak 1994 dijangka dibentangkan di Persidangan Dewan Undangan Negeri tahun hadapan, kata Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian.

Beliau yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan memberitahu, ia bagi memastikan ordinan terus sesuai dengan keperluan semasa.

“Sarawak memerlukan ordinan baharu bagi menangani keperluan semasa, sebagai contoh perubahan iklim, cuaca melampau dan revolusi ‘artificial intelligence’.

Advertisement

“Inilah perkara yang perlu diambil kira dalam membuat pindaan ordinan,” kata Dr Sim di Perasmian Forum Rekaan sempena Festival Rekaan Pertubuhan Akitek Malaysia Sarawak Chapter (PAMSC) di Dewan Masyarakat MBKS di sini.

Tambah Dr Sim, undang-undang itu nanti seharusnya seiring dengan aspirasi kerajaan Sarawak menuju negeri maju dan berpendapatan tinggi.

Justeru katanya, cadangan pindaan ordinan itu nanti akan dibentangkan pada tahun hadapan.

Menurut Dr Sim, Ordinan Bangunan Sarawak 1994 adalah satu kuasa autonomi, bertujuan menjaga hak negeri dan rakyat.

“Dengan ini nanti kita boleh memperkenalkan undang-undang dan polisi yang sesuai dengan pembangunan dan keperluan semasa,” kata Dr Sim.

Hadir sama Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan Dato Wee Hong Seng. — DayakDaily

Advertisement