PH diminta tunaikan janji-janji dalam 45 insentif yang digariskan

Datuk Idris Buang ... matured and united lawmakers

KUCHING, Mei 12: Pakatan Harapan (PH) perlu menunaikan janji-janji mereka yang digariskan untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Idris Buang berkata, sekiranya kerajaan PH gagal menunaikan janji-janji tersebut, bermakna mereka telah menipu rakyat yang mengundi mereka.

Tegasnya, kemenangan PH bukan sesuatu yang boleh dibanggakan kerana menggunakan taktik yang tidak beretika.

“Jika mereka (PH) gagal berbuat demikan, bermakna mereka telah menipu rakyat,” katanya dalam status yang dimuatnaik dalam Facebook semalam.

Idris menambah, undi yang dibuat dalam PRU14 lepas adalah disebabkan perasaan marah rakyat.

“Undi dibuat daripada perasaan marah bak api disiram dengan minyak, bukanlah kemenangan yang perlu dibanggakan.

Berikut merupakan antara 45 insentif PH jika berjaya membentuk kerajaan pada PRU14 lalu iaitu gaji penjawat awam, pesara dan bonus ditingkatkan, gaji penjawat swasta bermula minimum RM1,500.

Elaun kebajikan, OKU dan ibu tunggal juga ditingkatkan untuk minimum permulaan RM800 hingga RM1,000.

Selain itu, bantuan pasangan berkahwin RM500 seorang untuk perkahwinan pertama, lesen motosikal percuma, mansuh GST, dan stabilkan harga minyak dibawah paras RM1.50 seliter.

Antara lain, bantuan pendidikan percuma dan bantuan pesakit buah pinggang dan pesakit jantung bagi rawatan berkos tinggi.

PH juga akan memberi subsidi air percuma dan bil elektrik, memansuhkan PTPTN dan menikmati biasiswa serta pendidikan percuma, salur agih kekayaan mengikut kawasan dan daerah tercicir pembangunan dan WiFi percuma berkelajuan tinggi di kawasan bandar dan luar bandar. — DayakDaily