PGA gagalkan cubaan seludup 62 tong gas, minyak masak bernilai RM80,000

Suspek yang ditahan pihak berkuasa.

Oleh Dean Adam

SERIAN, Julai 17: Batalion 11 Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar sejumlah 62 tong gas berisi LPG (14 Kg) dan 306 kg minyak masak
anggaran bernilai RM80,000 dalam operasi ‘Op Batas’ yang dijalankan di kawasan Kompleks ICQS Tebedu, semalam.

Pegawai pemerintahnya, Supt Rosdi Inai, berkata operasi dijalankan oleh seramai tujuh
pegawai dan anggota dari Batalion 11 PGA pada pukul 10.00 pagi atas risikan dan
maklumat yang diperolehi.


Katanya, sebanyak 62 tong gas berisi LPG (14 Kg) yang disembunyikan di dalam sebuah van jenis Kia Pregio berjaya ditahan di kawasan kompleks tersebut.

“Hasil pemeriksaan mendapati pemandu van tersebut gagal mengemukakan lesen borong yang sah dari KPDNHEP.

“Van dan muatan barang tersebut telah dirampas. Kita juga menahan seorang lelaki Indonesia berusia 31 yang dipercayai pemandu van tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Rosdi menambah, hasil maklumat yang diperolehi, barangan ini dipercayai akan
diseludup ke negara jiran melalui jalan darat dan akan dipasarkan di sekitar Kalimatan.

“Kes ini telah KPDNHEP untuk siasatan lanjut mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda minimum 10 kali nilai barang dan maksimum 20 kali nilai barang atau penjara tiga tahun jika sabit kesalahan.” — DayakDaily