Petugas KKM di pusat kuarantin di King Centre ditemui mati

Ahsmon Bajah
Advertisement

KUCHING, 13 Ogos: Seorang petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bertugas di sebuah pusat kuarantin di King Centre ditemui mati semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata mangsa yang merupakan pembantu perubatan berusia 28 tahun mulanya ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam bilik rehatnya sekitar jam 7 malam.

Katanya, anggota polis bersama pasukan paramedik hadir di lokasi kejadian dan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia dalam tempoh kurang dari 7 jam.

Advertisement

“Siasatan awal mendapati bahawa tiada sebarang unsur jenayah dan tiada sebarang kesan pecah masuk atau kehilangan barang mangsa.

“Pemeriksaan tubuh badan juga mendapati tiada sebarang kecederaan dialami mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk saringan COVID-19 dan bedah siasat.

Siaasatan lanjut masih dijalankan dan kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

“Kita menasihatkan agar tiada pihak membuat spekulasi mengenai kejadian ini dan kita mohon juga agar menghormati privasi keluarga mangsa,” kata Ahsmon. — DayakDaily

Advertisement