Peserta acara larian di Serian meninggal dunia

Royal Malaysia Police logo

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


SERIAN, 19 Mac: Seorang peserta acara larian yang diadakan di sebuah kampung di Jalan Mongkos, di sini meninggal dunia hari ini.

Sumber memberitahu mangsa merupakan warga tempatan berasal daripada Semenanjung Malaysia.

Difahamkan mangsa disahkan meninggal dunia dan telah dihantar ke Hospital Serian untuk tindakan selanjutnya.

Ketua Polis Daerah Serian DSP Aswandy Anis semasa dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan memberitahu siasatan lanjut masih dijalankan. — DayakDaily