Pesakit Covid-19 larikan diri berjaya dicekup

Pesakit Covid-19 (baju biru) ditahan pihak berkuasa selepas dikesan di rumahnya di Kampung Madinah Batu Niah.
Advertisement

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 26 Jan: Seorang pesakit Covid-19 yang melarikan diri dari Hospital Miri petang Isnin (25 Januari) berjaya ditahan semula selepas tujuh jam hilang.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Hakemal Hawari berkata, lelaki berusia 33 tahun itu merupakan warga tempatan dan dilaporkam melarikan diri dari sebuah wad di Hospital Miri sekitar jam 3 petang.

Advertisement

Difahamkan, pesakit tersebut telah dirujuk untuk menerima rawatan lanjut di Hospital Miri dari sebuah pusat perubatan swasta di bandaraya ini setelah ujian swabnya menunjukan positif Covid-19.

“Sepasukan petugas kesihatan yang lengkap berpakaian perlindungan peribadi (PPE) telah datang mengambil lelaki tersebut di rumahnya di Batu Niah untuk dibawa semula ke Hospital Miri,” ujar Hakemal.

Lelaki tersebut ditahan sekitar jam 10 malam Isnin di Kampung Madinah Batu Niah.

Kes disiasat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. — DayakDaily

Advertisement