Peruntukan RM55 juta bina jalan baharu Kampung Suba Buan – Abang Johari

Abang Johari berucap di Perasmian SK Suba Buan,
Advertisement

BAU, 17 Ogos: Kerajaan Sarawak meluluskan peruntukan RM55 juta bagi membina jalan baharu sepanjang 3 kilometer di Kampung Suba Buan ke Pekan Bau.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, siap kelak ia akan membuka kawasan baharu selain menyelesaikan masalah banjir.
“Kita bina jalan baharu untuk sekolah dan kampung.

“Ia adalah jalan baharu, maknanya kita boleh wujudkan kawasan perumahan.

Advertisement

“Maka tiada banjir, penduduk boleh berpindah ke kawasan tinggi,” kata Abang Johari.

Beliau berkata demikian di Perasmian Bangunan Baharu Sekolah Kebangsaan (SK) Suba Buan hari ini.

Sementara itu, Abang Johari setuju dengan permintaan Adun Tasik Biru merangkap Timbalan Menteri Pengangkutan Dato Henry Harry Jinep untuk mewujudkan sekolah vokasional di Bau.

Katanya, sekolah vokasional tahap tingkatan 6 itu selari dengan dasar ekonomi Sarawak yang fokus kepada tenaga hijau dan digital.

“Kita perlukan ramai pakar teknikel baharu dalam ekonomi baharu,” kata Abang Johari. — DayakDaily

Advertisement