Pertandingan fotografi ‘Sayangi Miri’ dibuka penyertaan hari ini

Kelihatan Yii (tengah) bersama presiden NSJA Jong (dua dari kiri) dan pengerusi pertandingan Yong (tiga dari kanan) ketika kunjungan hormat pagi ini (18 Jan 2022).

Oleh Brad Rantayy

MIRI, Jan 18: Persatuan Wartawan Utara Sarawak (NSJA) buat julung kali menganjurkan Pertandingan fotografi ‘Sayangi Miri’ sempena Tahun Baru Cina 2022 mulai 18 Januari sehingga 28 Februari tahun ini melalui laman Facebook rasmi “NSJA MIRI”.

Ahli jawatankuasa NSJA Alan Yong Siaw Chyang dilantik sebagai pengerusi pengelola program pertandingan fotografi dan presidennya Andy Jong telah mengadakan kunjungan hormat terhadap Datuk Bandar Miri Adam Yii serta menyempurnakan simbolik pelancaran pertandingan fotografi itu pagi ini.


Yong berkata dua kategori akan dipertandingkan, iaitu kategori terbuka untuk peserta orang awam, dan kategori ahli untuk peserta terdiri daripada ahli NSJA sendiri.

Para peserta hanya perlu e-mel gambar penyertaan, berserta maklumat peribadi termasuk nama, nombor IC, nombor telefon bimbit, alamat e-mel dan slogan dan hantar ke nsja.miri@gmail.com, tanpa bayaran pendaftaran, mulai dari tempoh 18 Januari sehingga 18 Februari 2022, katanya.

Peserta hanya perlu klik “Like” dan “Share” halaman Facebook rasmi “NSJA MIRI”, dan pihak penganjur akan memuat naik semua gambar peryertaan ke album Pertandingan Fotografi Sayangi Miri Tahun Baru Cina di laman Facebook rasmi “NSJA MIRI” untuk undian umum selepas tarikh tutup penghantar penyertaan pada 18 Februari 2022.

Selepas tarikh tutup menghantar penyertaan, pengundian penyertaan akan bermula pada 19 Februari sehingga 28 Februari 2022.

Cara mengundi adalah tekan “Like” dan “Share” laman Facebook rasmi “NSJA MIRI” untuk menjadi peminat dan kongsi halaman ini. Selepas itu, klik “Like” di bawah gambar yang anda ingat undi untuk pemenang anugerah “Like” dan “Share” yang terbanyak.

Hakim profesional akan menjalankan kerja penghakiman untuk setiap kumpulan daripada penyertaan yang dimuat naik ke laman facebook rasmi ā€œNSJA MIRIā€œ untuk pemenanag di dua kategori yang ditandingkan, iaitu kategori terbuka dan kategori ahli NSJA.

Sementara itu, presiden NSJA Jong berkata, tujuan pertandingan ini adalah untuk membantu menambah dan mempromosikan suasana Tahun Baru Cina di persekitaran bandaraya Miri dengan melalui pengambilan gambar untuk dimuat naik di laman Facebook dalam tempoh wabak Covid-19 yang masih perlu mematuhi SOP CNY ini, dengan harapan dapat menyumbang kepada industri pelancongan.

Tema untuk pertandingan ini berdasarkan suasana Tahun Baru Cina 2022 di sekitar bandaraya Miri, bermakna peserta
perlu mengambil gambar yang berkaitan dengan suasana dan hiasan Tahun Baru Cina di sekeliling persekitaran bandaraya Miri.

Setiap peserta boleh menghantar sehingga lima penyertaan. Setiap penyertaan yang di e-mel mesti dilengkapi dengan nama peserta, nombor IC, nombor telefon bimbit, e-mel dan slogan penyertaan.

Penyertaan fail gambar digital yang dihantar melalui e-mel perlu dalam format JPEG dan tidak kurang daripada 1.5MB dan tidak lebih daripada 3MB.

Majlis penganugerahan dan keputusan pertandingan fotografi ‘Sayang Miri’ Tahun Baru Cina 2022 akan diumumkan kemudian. Pemenang boleh memenangi hadiah wang tunai, sijil, hadiah dan beras Shun Rice.

Pihak penganjur berhak menolak segala penyertaan yang tidak menepati atau melanggar peraturan pertandingan, dan peserta tidak akan mendapat sebarang bantahan. Pihak penganjur mempunyai hak untuk menggunakan semua karya, yang boleh digunakan untuk tujuan publisiti pada bila-bila masa tanpa sebarang bayaran kepada peserta jurugambar.

Keputusan hakim adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan. Sekiranya butiran pertandingan adalah sempurna, pihak penganjur berhak menambah, memadam atau meminda tanpa notis terlebih dahulu

Pertandingan fotografi ‘Sayangi Miri’ Tahun Baru Cina anjuran NSJA mendapat sokongan penuh dari Menteri Muda Pelancongan Datuk Sebastian Ting Chiew Yew yang akan menyumbangkan RM3,000.00 sebagai hadiah wang tunai, serta rakan penaja daripada Majlis Bandaraya Miri (MCC) dan Shun Shen Lee Trading (Miri) Sdn Bhd.

Hadiah:

Kategori Terbuka dan Kategori Ahli NSJA

Juaraļ¼š
RM500.00 + Sijil + Hadiah + Beras SHUN RICE

Naib Juaraļ¼š
RM300.00 + Sijil + Hadiah + Beras SHUN RICE

Tempat Ketigaļ¼š
RM200.00 + Sijil + Hadiah + Beras SHUN RICE

Tempat Keempatļ¼š
RM150.00 + Sijil + Hadiah + Beras SHUN RICE

Saguhati (x2)ļ¼š
RM50.00 + Sijil + Hadiah + Beras SHUN RICE

Pemengang “Like & Share” terbanyakļ¼š
RM150.00 + Sijil + Hadiah + Beras SHUN RICE

ā€” DayakDaily