This Content Is Only For Subscribers
Oleh Chris Bishop
KUCHING, 28 Ogos: Persidangan Dan Expo Sarawak Agro Pelancongan (SAtCE) 2023 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo (BCCK) mulai hari ini membincangkan trend global dan polisi serantau dalam agro pelancongan.
Persidangan turut membincangkan aktiviti pertanian di Sarawak, sektor pelancongan, pengeluaran makanan tempatan, pelancongan ladang termasuk kes kajian dari negara New Zealand, Australia, Indonesia dan Filipina.
SAtCE 2023 yang berlangsung mulai 28 hingga 30 Ogos disertai lebih 200 peserta dan 200 pempamer dan telah dirasmikan oleh Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah.
Turut hadir Menteri Industri Makanan, Komoditi Dan Pembangunan Wilayah Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom.
Persidangan juga diharap membantu memberi pengetahuan kepada peserta dan seterusnya membantu meningkatkan pendapatan masyarakat luar bandar menerusi penglibatan di dalam agro pelancongan.
Ia juga diyakini mampu mempelbagaikan kawasan tarikan pelancongan di Sarawak. — DayakDaily