This Content Is Only For Subscribers
KUCHING, 16 Ogos: Persatuan Tinju Kuching (KBA) menghantar 2 pasukan yang terdiri daripada 17 peninju di Kejohanan Tinju Terbuka Sarawak Edisi Ke 2 di Sri Aman mulai 19 Ogos ini.
Presidennya Datuk Zulkarnaen Ahmad berkata, KBA terlibat dalam kategori Elit dan Sukma.
“Kategori Sukma terdiri daripada peninju yang berumur 16 hingga 20 tahun seramai 7 orang.
“Manakala Kategori Elit berumur 21 hingga 40 Tahun seramai 10 orang, ” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Tambah Zulkarnain, pada edisi kali KBA mensasarkan sekurang-kurangnya memperolehi satu pingat emas.
Katanya, ia bagi mengatasi pencapaian tahun lepas dimana KBA memperolehi 2 pingat perak.
Bahagian Sri Aman kembali dipilih untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Tinju Terbuka Sarawak Edisi Ke-II 2023 yang dijadual berlangsung dari 19 hingga 26 Ogos ini. — DayakDaily